Tuesday 29 March 2016

MAJLIS PERASMIAN MINI MUZIUM WAK SURGI


Mini Muzium dan majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang berlangsung pada 20 Mac 2016. 
Berikut adalah gambar-gambar dan moments-moments menarik yang dapat kami kongsikan:


PERTANDINGAN MENGANYAM
PERTANDINGAN MENGANYAM


PENGERUSI MAJLIS
DR. HISHAM, ANAK WAK SURGI
PERTANDINGAN MEWARNA
PERSEMBAHAN ANGKLUNG

WAK SURGI DIHADIAHKAN
BUKU SEJARAH SABAK BERNAM
YB NORIAH MEMBERI UCAPAN
YB MELIHAT BARANG ANTIK
WAK SURGI
PERSEMBAHAN KUDA KEPANG
PERSEMBAHAN KUDA KEPANG
JAMUAN MAKAN

WAK SURGI MEMBERI UCAPAN
YB, WAK SURGI DAN PARA PESARA GURU 
MENIKMATI JAMUAN
KETIBAAN YB NORIAH

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN

Untuk makluman, mini muzium ini telah beroperasi hampir 20 tahun namun belum pernah lagi dirasmikan. Oleh itu, Wak Surgi yang merupakan pemilik dan pengasas kepada mini muzium ini benar-benar gembira dan bangga kerana majlis ini telah berjalan dengan jayanya.

Sentiasa menanam minat yang mendalam untuk menubuhkan sebuah mini muzium, akhirnya Wak Surgi mampu tersenyum lebar apabila cita-citanya menjadi kenyataan. Bermula dari hobi mengumpul barangan antik dan mempunyai nilai sejarah, hari ini beliau berjaya membuka mini muziumnya di Sungai Besar, Selangor.
Demikian menurut Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, ketika mengumumkan Mini Muzium Wak Surgi sebagai destinasi menarik baharu untuk dikunjungi dalam majlis perasmian muzium itu di sini pagi tadi.
Mini Muzium milik Wak Surgi atau nama sebenarnya Surgi Gharib, terletak di rumah lamanya di Taman Setia Jaya, Sungai Besar, Selangor.
Kebanyakan barang-barang lama yang terdapat dalam mini muzium tersebut dibeli oleh Surgi sendiri. Terdapat juga barang yang dihadiahkan oleh orang perseorangan atau dipinjamkan oleh mereka yang bersimpati.
Surgi yang merupakan pesara kerajaan di Pejabat Daerah Sabak Bernam, berminat mengumpulkan barang-barang lama sejak beliau masih bersekolah lagi dan berterusan hingga beliau bersara.
Selepas bersara Surgi bertekad untuk mengisi waktu lapangnya dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengurusan mini muzium sedia ada.
YB Noriah berharap agar usaha Wak Surgi ini dapat terus diwarisi kerana mengumpul barang-barang sejarah untuk menjadi tatapan dan kajian generasi seterusnya bukanlah sesuatu yang mudah.
Walaupun Mini Muzium Wak Surgi bukanlah sebuah muzium serba lengkap, namun pelbagai barangan lama dipaparkan untuk tatapan generasi muda hari ini.

No comments:

Post a Comment