Wednesday 30 March 2016

PENGENALAN

MINI MUZIUM WAK SURGI merupakan milik persendirian kepada Encik Surgi bin Gharib yang pernah menetap di kawasan perumahan Taman Setia Jaya, Sungai Besar , Selangor. Mini muzium tersebut adalah terletak di rumah beliau sendiri yang sudah tidak didiami lagi ( kerana beliau telah berpindah ke rumah lain di kawasan perumahan Air Manis, Tebuk Pulai ). 

MINAT : Encik Surgi adalah seorang pesara kerajaan di Pejabat Daerah Sabak Bernam , berminat mengumpulkan barang-barang lama sejak beliau masih bersekolah lagi dan berterusan hingga beliau bersara. Selepas bersara beliau telah menumpukan sepenuhnya kepada pengurusan mini muzium sedia ada, sebagai mengisi waktu lapang. 

KREATIF: Selain mengumpulkan barang-barang lama, Encik Surgi adalah seorang yang kreatif. Ini dapat dilihat dengan usaha beliau mewujudkan beberapa replika , seperti peti nyanyi, kapal terbang tentera, helikopter dan lain-lain. Beliau juga kreatif mengumpul gambar-gambar lama yang ditemui untuk dipaparkan / dicetak semula.


Replika Helikopter Polis


Replika Rumah Kampung


Replika Peti Nyanyi tahun 50an

MODAL SENDIRI: Bagi mewujudkan sebuah mini muzium, Encik Surgi hanya menggunakan wang sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Kebanyakan barang-barang lama yang terdapat dalam mini muzium tersebut dibeli oleh beliau sendiri daripada pihak lain ; selain terdapat juga barang yang dihadiahkan oleh orang perseorangan atau dipinjamkan oleh mereka yang bersimpati. Kerana itu, bagi mewujudkan sebuah mini muzium yang ada pada hari ini Encik Surgi telah berusaha gigih hampir 10 tahun lamanya !. 

BARANG LAMA DALAM SIMPANAN: MINI MUZIUM WAK SURGI bukanlah sebuah ’ muzium ’ serba lengkap. Namun , berbagai-bagai barang lama ada tersimpan untuk tatapan generasi muda hari ini. Di antaranya ialah : Berbagai jenis kamera, projektor wayang gambar, ratusan keping piring hitam lagu-lagu Melayu , Hindustan dan Arab, berbagai jenis mesin taip, alat-alat perhubungan telefon, serpihan barangan tembikar lama , pakaian tradisional Melayu , alat rakaman suara, barangan elektrik lama, alat senjata tradisional, perkakas kerja pertanian, sampan pengangkutan dan juga buku-buku cerita serta buku teks sekolah zaman ‘ Sekolah Melayu ’  serta berbagai majalah lama dalam bahasa Melayu. 



Peti Nyanyi Mewah Tahun 60an
Alatan Telefon Tahun 50an
Mesin Taip Lama

           
HARAPAN JANGKA PANJANG: Encik Surgi menaruh harapan dan bercita-cita melengkapkan mini muzium beliau bukan sahaja untuk menyimpan khazanah barangan lama, tetapi berminat juga menjadikan kawasan mini muziumnya sebagai tempat berehat bagi mencari ketenangan fikiran.

No comments:

Post a Comment